Notis

Shout Box perbincangan borak saham terkini boleh didapati di www.boraksaham.com Segala maklumat dan perbincangan terbaru akan dikemaskini di portal tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan hanya menggunakan akaun Facebook anda!!

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011

Destinasi seminar...

Destinasi seminar...
Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011

PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Penginapan...

Penginapan...
Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...

Pasaran uji paras 1,500 mata

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Harga saham di Bursa Malaysia kemungkinan merosot pada minggu depan dengan pengukur pasaran dijangka menguji paras 1,500 mata apabila para pelabur terus berada di luar pasaran, bagi berehat semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Pasaran saham akan ditutup pada 1 Februari bagi Hari Wilayah Persekutuan dan perayaan Tahun Baru Cina pada 3 dan 4 Februari. Bursa tempatan itu akan hanya diniagakan untuk dua hari pada minggu depan.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan berkata, pasaran akan terus mengukuh apabila para pelabur menjual pegangan masing-masing berikutan minggu dagangan singkat pada minggu depan.

Katanya, khabar angin mengenai langkah pengetatan fiskal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan menggunakan langkah kreatif atau langkah bukan tradisional seperti hartanah, margin dan keperluan rizab, dijangka memberi tekanan sedikit pada sentimen pasaran tempatan.

Faktor luaran yang akan terus memberikan wajaran pada sentimen pasaran pada minggu depan akan termasuk peningkatan tekanan inflasi berikutan kenaikan harga minyak dan komoditi.

Bagaimana pun, katanya asas pasaran masih kukuh.

Bagi minggu baharu berakhir, sentimen kekal menurun apabila berlaku pengambilan untung di dalam kaunter berwajaran tinggi, walau pun berlaku lantunan sederhana pada Khamis lalu yang menarik turun harga.

Kaunter perladangan dan kewangan paling teruk menerima kesan. Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI merosot 25.54 mata kepada 1,521.89.

Indeks FBM Emas turun mendadak sebanyak 144.50 mata kepada 10,487.56, FBM70 melonjak 893.62 mata kepada 11,252.15 dan Indeks FBM ACE turun 19.01 mata kepada 4,252.8.

Indeks Kewangan turun 53.92 mata kepada 13,963.13, Indeks Perusahaan turun 39.50 mata kepada 2,867.53 dan Indeks Perladangan turun 203.36 mata kepada 7,887.76. Perolehan mingguan dicatatkan 7.961 bilion saham bernilai RM11.443 bilion, berbanding 7.133 bilion saham bernilai RM9.585 bilion pada minggu lepas.

Jumlah dagangan di pasaran utama meningkat kepada 6.678 bilion saham bernilai RM11.223 bilion berbanding 6.195 bilion saham bernilai RM9.382 bilion yang dicatatkan pada minggu lepas.

Bagaimana pun, jumlah dagangan pasaran ACE turun kepada 512.277 juta saham bernilai RM54.044 juta daripada 1.028 bilion saham bernilai RM47.267 juta yang dicatat pada minggu lepas.

Jumlah dagangan waran penggilan meningkat kepada 744.812 juta bernilai RM153.040 juta daripada 577.586 juta unit bernilai RM140.188 juta sebelum itu. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...