KUALA LUMPUR 17 Feb - Harga saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan tekanan kecil jualan asing, kata para peniaga.
Mereka berkata indeks utama kekal positif yang dibantu oleh keuntungan kaunter kewangan terpilih seperti Maybank dan Kumpulan CIMB.
Sehingga jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.26 mata atau 0.15 peratus kepada 1,508.56 di dalam dagangan berhati-hati selepas dibuka meningkat 2.23 mata kepada 1,508.53.
"Pasaran sedang mengukuh sekitar paras 1,500 mata hari ini," kata seorang peniaga.
Ulasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara ini bagi 2010 kemungkinan melebihi 6.0 peratus telah membantu menaikkan sentimen manakala Wall Street membantu semasa pembukaan.
Indeks Kewangan meningkat 77.711 mata kepada 13,638.23, Indeks FBM Emas meningkat 11.55 kepada 10,437.17 dan Indeks FBM70 menokok 36.02 mata kepada 11,316.96.
Indeks Perladangan turun 68.14 mata kepada 7,863.90, Indeks Perusahaan turun 3.94 kepada 2,849.28 dan Indeks FBM merosot 67.20 mata kepada 4,486.87.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 536 kepada 292 manakala 282 tidak berubah, 276 tidak diniaga dan 26 digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 1.738 bilion saham bernilai RM1.760 bilion daripada 1.878 bilion saham bernilai RM2.029 bilion pada Rabu.
Antara saham paling aktif, Ariantec Global Bhd dan SAAG Consolidated masing-masing tidak berubah pada harga 5.5 sen kepada 12.5 sen, Tanco turun 8.0 sen kepada 31.5 sen, Scomi Group menokok 1.0 sen kepada 37.5 sen.
Di kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank meningkat 3.0 sen kepada RM8.50, Kumpulan CIMB meningkat 7.0 sen kepada RM8.17 dan Sime Darby turun 1.0 sen kepada RM9.27.
Di pasaran utama, jumlah dagangan turun kepada 1.287 bilion saham bernilai RM1.696 bilion daripada 1.506 bilion saham bernilai RM1.968 bilion pada Rabu.
Perolehan di Pasaran ACE meningkat kepada 314.656 juta unit bernilai RM32.852 juta daripada 215.63 juta unit bernilai RM26.940 sebelum ini. Waran meningkat kepada 115.410 juta saham bernilai RM26.966 juta daripada 106.471 juta saham bernilai RM25.146 juta semalam.- Bernama