Notis

Shout Box perbincangan borak saham terkini boleh didapati di www.boraksaham.com Segala maklumat dan perbincangan terbaru akan dikemaskini di portal tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan hanya menggunakan akaun Facebook anda!!

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011

Destinasi seminar...

Destinasi seminar...
Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011

PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Penginapan...

Penginapan...
Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...

Bursa kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Bursa tempatan dijangka terus stabil minggu depan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak dalam jajaran 1,480 dan 1,500.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank Dr Nazri Khan berkata, ini sejajar dengan kelemahan sentimen serantau berikutan jangkaan langkah mengetatkan kredit dalam pasaran Asia susulan kenaikan kadar China.

Beliau berkata, terdapat petanda pengurus dana akan menggunakan alasan itu untuk mengambil keuntungan.

"Meskipun jangkaan kenaikan kadar faedah serantau dan aliran modal tidak menentu, kami percaya sebarang pembetulan adalah suatu yang sihat kerana adanya petunjuk positif untuk menyokong pasaran tempatan," katanya.

Tentang kebimbangan kebalikan aliran modal akan diletakkan di tempat yang salah, beliau berkata aliran keluar hanya mencerminkan perumpukan semula sementara portfolio berikutan kepantasan peningkatan inflasi di Asia berbanding AS dan Eropah.

Nazri menyenaraikan lima faktor yang akan menyokong pasaran. Dua daripadanya ialah prestasi kukuh ringgit dan kekukuhan harga minyak sawit mentah yang naik hampir ke paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun.

Selain itu, katanya, krisis di Mesir masih faktor terpencil.

Faktor-faktor lain ialah penurunan harga minyak global dan pemulihan kukuh pasaran di AS dan Eropah bagi menyokong minat risiko yang tinggi. "Kami juga percaya hasil dividen pasaran tempatan sekarang pada 3.5 peratus masih kekal menarik kerana ia ketika ini melepasi paras serantau," katanya.

Keseluruhannya, kata Dr Nazri, sektor perladangan dijangka menjadi kaunter pilihan.

Bagi minggu yang berakhir ini, pasaran mencatatkan permulaan yang positif pada Isnin selepas cuti Tahun Baru Cina, diterajui kenaikan dalam kaunter berkaitan perladangan di tengah-tengah kekukuhan harga minyak sawit mentah.

Bagaimanapun, ia beralih negatif pada Rabu dengan penurunan dalam saham mewah apabila sentimen bertukar menjadi berhati-hati di tengah-tengah berita kenaikan terbaharu kadar China.

Pada Khamis, FBM KLCI susut 30.08 mata kepada 1,503.99, paras terendahnya sejak 21 Dis tahun lepas sejajar dengan penurunan pasaran serantau Asia lain.

Pada Jumaat, FBM KLCI turun di bawah paras psikologi 1,500 apabila sentimen kekal berhati-hati di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau disebabkan ketegangan yang memuncak di Mesir.

Bagi asas mingguan, FBM KLCI turun 37.3 mata kepada 1,494.52 daripada 1,531.82.

Indeks Emas susut 217.51 kepada 10,352.81 daripada 10,570.32 dan Indeks FBM70 berkurangan 152.29 mata kepada 11,202.67 daripada 11,354.96, tetapi Indeks FBM Ace naik 91.87 mata kepada 4,506.16 daripada 4,414.29.

Indeks Kewangan susut 452.03 mata kepada 13,519.11 daripada 13,971.14, Indeks Perusahaan berkurangan 44.41 mata kepada 2,835.89 daripada 2,880.3 dan Indeks Perladangan turun 148.01 mata kepada 7,809.49 daripada 7,957.5.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.51 bilion saham bernilai RM13.55 bilion daripada 2.95 bilion saham bernilai RM3.78 bilion yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 9.99 bilion saham bernilai RM13.08 bilion daripada 2.60 bilion saham bernilai RM3.72 bilion.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 1.582 bilion saham bernilai RM235.71 juta daripada 151.33 juta saham bernilai RM19.11 juta..

Waran menokok kepada 845.51 juta unit bernilai RM213.92 juta daripada 185.85 juta unit bernilai RM44.90 juta. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...