Seminar Jutawan Saham dan CPO anjuran PUABUMI kini KEMBALI sebagai Kem Pelaburan PUABUMI II, 2 hari 1 malam untuk memenuhi permintaan ramai secara eksklusif yang akan diadakan pada 13 Ogos 2011( CPO )dan 14 Ogos 2011, 10.00 pagi-6.00 petang ( EKUITI ) bertempat di Hotel Midah, Kuala Lumpur ... Berminat, sila sms nama dan no kad pengenalan ke 0192009622! Rebutlah peluang keemasan ini... Sila lawati www.boraksaham.com
Notis
Destinasi Seminar

Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011
Destinasi seminar...

Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011
Destinasi Seminar

Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011
PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia
Penginapan...

Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...
Destinasi Seminar

Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...
Technical View
Market Review
Bursa rendah seiring pasaran serantau
KUALA LUMPUR 10 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan kebanyakan indek susut ke wilayah negatif, selari dengan pasaran lain di peringkat serantau.
Pelabur mengambil sikap berhati-hati berikutan pasaran serantau turun selepas data perdagangan China yang lemah, menjejaskan mereka, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.78 mata atau 0.45 peratus kepada 1,516.91, diseret turun oleh kerugian dalam kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih seperti MISC dan BAT.
Pada pembukaan, FBM KLCI turun 0.84 mata kepada 1,522.85 sebelum bergerak antara 1,515.32 dan 1,524.12.Peniaga itu berkata aktiviti pengambilan untung terus menyekat keuntungan yang direkodkan sejak dua hari lepas.
Krisis Timur Tengah yang melonjakkan harga minyak, selain keraguan mengenai sama ada permintaan tembaga akan terus meningkat, membayangi sentimen dagangan, katanya.
Indeks Kewangan susut 29.75 mata kepada 13,720.58, Indeks Perladangan turun 22.54 mata kepada 7,722.52 dan Indeks Perusahaan susut 31.95 mata kepada 2,797.68.
Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia turun 40.16 mata kepada 10,374.21, Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia turun 31.48 mata kepada 4,117.21 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 susut 9.02 mata kepada 11,047.65.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.09 bilion saham bernilai RM1.56 bilion berbanding 1.50 bilion saham bernilai RM2.24 bilion semalam dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 483 berbanding 253 manakala 280 kaunter tidak berubah.
Saham-saham berharga rendah mengetuai kaunter aktif antaranya SAAG Consolidated susut setengah sen kepada 9.5 sen, Sumatec-WA menokok 17 sen kepada 17.5 sen, Petronas Dagangan-CB menambah 3.5 sen kepada 18.5 sen dan Borneo Oil-WB meningkat 5.5 sen kepada 39.5 sen.
Antara saham mewah, Maybank rugi satu sen kepada RM8.80, CIMB turun tiga sen kepada RM8.12, Sime Darby susut dua sen kepada RM9.10 manakala Petronas Chemicals menokok dua sen kepada RM6.72.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 885.97 juta saham bernilai RM1.525 bilion berbanding 1.182 bilion saham bernilai RM2.19 bilion semalam.
Waran susut kepada 148.220 juta unit bernilai RM27.35 juta berbanding 205.512 juta unit bernilai RM40.547 juta sebelumnya.Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 53.932 juta saham bernilai RM6.146 juta berbanding 104.282 juta saham bernilai RM13.154 juta yang direkodkan semalam.- Bernama
Technical View
Market Review
Bursa kukuh di akhir dagangan
KUALA LUMPUR 9 Mac - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini dengan minat pelabur kekal fokus kepada sektor-sektor berkaitan inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP), khususnya perladangan, minyak dan gas, kata para peniaga.
Pada pukul 5 petang, petunjuk pasaran Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.03 mata atau 0.40 peratus kepada 1,523.69.Pada pembukaan, FBM KLCI dibuka 1.52 mata lebih tinggi kepada 1,519.18.Selepas itu, ia bergerak antara 1,519.18 dan 1,525.69.
Para peniaga berkata sentimen pasaran begitu positif, dirangsang oleh perkembangan korporat yang menggalakkan dan tinjauan meyakinkan terhadap pelaburan sementara prestasi semalaman Wall Street memberikan kekuatan tambahan.
Pada Selasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sembilan projek baharu di bawah ETP yang akan menarik pelaburan berjumlah sehingga RM2.268 bilion, termasuk simpanan dan menjana RM11.71 bilion pendapatan negara kasar (GNI) menjelang 2020.
Trend menaik bursa tempatan juga seiring dengan pasaran saham serantau lain yang diniagakan tinggi, didorong oleh kejatuhan harga minyak.
Indeks Kewangan melonjak 114.72 mata kepada 13,750.33, Indeks Perladangan meningkat 3.35 mata kepada 7,745.06 dan Indeks Perindustrian menambah 0.03 mata kepada 2,829.63.
Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia meningkat 65.82 mata kepada 10,414.37, Indeks ACE FTSE Bursa Malaysia mengukuh 17.10 mata kepada 4,148.69 dan Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia menambah 150.31 mata kepada 11,056.67.
Jumlah dagangan mengukuh kepada 1.50 bilion saham bernilai RM2.24 bilion daripada 1.17 bilion saham bernilai RM1.75 bilion semalam dengan saham untung mengatasi saham rugi dengan 575 berbalas 211 sementara 267 kaunter tidak berubah.
Di kalangan kaunter saham mewah, CIMB naik 14 sen kepada RM8.15, AMMB mengukuh 16 sen kepada RM6.46, Sime Darby menambah dua sen kepada RM9.12, Tenaga tidak berubah pada RM6.30 sementara Genting kerugian enam sen kepada RM10.32.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama naik kepada 1.182 bilion saham bernilai RM2.19 bilion daripada 920.570 juta saham bernilai RM1.71 bilion semalam.
Waran-waran menokok kepada 205.512 juta unit bernilai RM40.547 juta daripada 140.197 juta unit bernilai RM25.514 juta.Jumlah dagangan di pasaran ACE menambah kepada 104.282 juta saham bernilai RM13.154 juta daripada 102.541 juta saham bernilai RM13.581 juta. - Bernama
Market Review
Pengambilan untung namun Bursa tinggi
KUALA LUMPUR 8 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia meningkat pada Selasa dengan kegiatan pengambilan untung diterajui keuntungan dalam saham mewah dan kewangan terpilih seperti Maybank, CIMB dan Pertonas Chemicals.
Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.92 mata, atau 0.13 peratus, untuk ditutup pada 1,517.66 selepas dibuka 3.68 mata lebih tinggi pada 1,519.42.
Indeks utama kekal kekal melebihi paras 1,500 mata walaupun sentimen pelabur kekal berhati-hati dengan kelemahan semalaman di Wall Street.
Pasaran saham serantau juga lebih tinggi setelah harga minyak mentah turun selepas pemimpin Libya Muammar Gaddafi dipercayai akan melepaskan jawatan.
Minyak mentah Brent susut lebih US$2 pada Selasa kepada di bawah US$113 setong selepas Menteri Minyak Kuwait berkata OPEC mengadakan rundingan untuk meningkatkan pengeluaran untuk pertama kali selepas lebih dua tahun, meredakan pasaran yang terjejas oleh kemelut Timur Tengah.
Indeks Kewangan naik 43.34 mata kepada 13,635.61, Indeks Perladangan meningkat 18.35 mata kepada 7,741.71 dan Indeks Perusahaan menokok 1.59 mata kepada 2,829.60.
Indeks Emas FTSE Bursa Malaysia menambah 37.96 mata kepada 10,348.55, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace melonjak 105.68 mata kepada 4,131.59 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 meningkat 94.72 mata kepada 10,906.36.
Jumlah dagangan naik kepada 1.17 bilion saham bernilai RM1.75 bilion, daripada 714.797 juta saham, bernilai RM1.097 bilion, dicatatkan pada Isnin dengan saham untung mengatasi rugi pada 529 berbanding 223 manakala 259 kaunter tidak berubah.
Antara saham mewah, UEM Land dan Petronas Chemicals, kedua-duanya meningkat 11 sen, masing-masing kepada RM 2.82 dan RM6.45, Genting menambah 12 sen kepada RM10.38, DRBHICOM naik sembilan sen kepada RM1.94 dan Maybank untung tiga sen kepada RM8.80.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 920.570 juta saham bernilai RM1.71 bilion daripada 586.434 juta saham bernilai RM1.80 bilion semalam.
Waran naik kepada 140.197 juta unit bernilai 25.514 juta daripada 77.619 juta unit bernilai RM11.398 sebelumnya. Jumlah dagangan di Pasaran ACE menambah kepada 102.541 juta saham bernilai RM13.581 juta daripada 47.84 juta saham bernilai RM5.6 juta pada Isnin.- Bernama
Market Review
Bursa rendah di akhir dagangan
KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan pada paras lebih rendah hari ini kerana dagangan tidak memberangsangkan kerana konflik yang berlaku di Libya terus membimbangkan pelabur, kata seorang peniaga.
Penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), turun 6.87 mata atau 0.45 peratus kepada 1,515.74. Ia dibuka 1.27 mata lebih rendah pada 1,521.34.
Peniaga itu berkata, arah aliran menurun ini juga sejajar dengan prestasi pasaran-pasaran serantau dan penutupan yang lebih rendah di Wall Street, Jumaat.
Sementara itu, keadaan huru hara di Libya yang menjejaskan pengeluaran minyak berterusan, dengan kumpulan yang setia kepada kerajaan menguasai sebahagian daripada sebuah bandar di barat negara itu, Jumaat.
Indeks Kewangan jatuh 54.65 mata kepada 13,592.27, Indeks Perladangan susut 19.66 mata kepada 7,723.36 dan Indeks Perusahaan turun 17.18 mata kepada 2,828.01.
Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas susut 54.15 mata kepada 10,310.59, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace luak 37.86 mata kepada 4,025.91 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 berkurangan 65.75 mata kepada 10,811.64.
Jumlah dagangan mengecil 714.797 juta saham bernilai RM1.097 bilion daripada 1.13 bilion saham bernilai RM1.9 bilion Jumaat lepas.
Pasaran menyaksikan saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 584 berbanding 184, manakala 243 kaunter tidak berubah.
Mengungguli senarai saham cergas hari ini ialah SAAG Consolidated, yang turun sesen kepada sembilan sen, manakala Tanco jatuh tiga sen kepada 32 sen dan DRBHicom-CD mengukuh 1.5 sen kepada 13.5 sen.
Dalam kalangan kaunter mewah, Maybank turun tiga sen kepada RM8.77, CIMB turun sesen kepada RM 7.99, Sime Darby jatuh empat sen kepada RM9.13.Bagaimanapun, RHB Capital bergerak mendatar dan masih pada RM7.98.
Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 586.434 juta saham bernilai RM1.80 bilion daripada 941.71 juta saham bernilai RM1.88 bilion Jumaat lepas.
Waran susut kepada 77.619 juta unit bernilai RM11.398 juta daripada 114.49 juta unit bernilai RM15.58 juta minggu lepas.Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 47.84 juta saham bernilai RM5.6 juta daripada 64.51 juta saham bernilai RM7.1 juta sebelumnya.
- Bernama
Harga terus meningkat
KUALA LUMPUR 6 Mac - Bursa Malaysia kemungkinan terus meningkat pada minggu depan dengan jangkaan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan antara paras 1,540 dan 1,550 mata, kata para peniaga.
Sentimen pelabur terus kekal positif dengan harapan dana asing akan mengalir masuk semula ke pasaran baru muncul kerana dolar AS yang lebih rendah selepas Rizab Persekutuan (AS) mencadangkan untuk memastikan dasar monetari yang lebih mudah.
Bagaimanapun, seorang peniaga berkata kebimbangan langkah mengetatkan dasar di pasaran-pasaran baru muncul bagi memerangi inflasi masih boleh mengehadkan kenaikan pasaran Asia, yang termasuk Malaysia.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan berkata, indeks utama kemungkinan diniagakan hingga kepada zon halangan apabila para pelabur memberi reaksi positif hingga kepada laporan yang menyatakan bagi mencatatkan pelan keamanan berdaya maju di Libya dan penurunan harga minyak.
"Secara asasnya, kami melihat penurunan harga sebagai satu bentuk kejatuhan selepas harga minyak mentah merosot daripada paras ketinggian bagi tempoh 29 bulan manakala AS telah mencatatkan tuntutan pengangguran terbaik di dalam tempoh tiga tahun," katanya.
Bagi fundamental, Dr. Nazri berkata, kekukuhan ringgit dan kadar faedah sebenar yang positif mendahului pemangkin pada tempoh jangka terdekat.
"Secara keseluruhannya, kami suka saham warisan inflasi (sektor minyak, gas dan perladangan) seperti Petronas Dagangan, Petronas Gas, Kulim dan KL Kepong," katanya.
Bagi minggu baru berakhir, FBM KLCI diniagakan pada jajaran sempit tetapi kebanyakannya meningkat berikutan pembelian institusi.
FBM KLCI meningkat 33.34 mata untuk ditutup kepada 1,522.61 daripada 1,489.27 yang dicatatkan Jumaat lepas.
Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas melonjak 138.58 kepada 10,364.74, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace turun 141.05 mata kepada 4,063.77 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 merosot 30.37 mata kepada 10,877.39.
Indeks Kewangan meningkat 25.34 mata kepada 13,646.92, Indeks Perladangan melonjak 161.64 mata kepada 7,743.02 dan Indeks Perusahaan meningkat 77.58 mata kepada 2,845.19.
Jumlah dagangan mingguan turun kepada 5.84 bilion saham bernilai RM8.7 bilion, daripada 8.58 bilion saham bernilai RM10.4 bilion, yang dicatatkan pada minggu lepas.
Perolehan Pasaran Utama merosot kepada 4.79 bilion unit bernilai RM8.57 bilion daripada 6.83 bilion unit bernilai RM10.16 bilion yang dicatatkan sebelum ini.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 499.31 juta saham bernilai RM56.02 juta berbanding dengan 1.02 bilion saham bernilai RM107.62 juta pada Jumaat lepas.
Perolehan waran merosot kepada 490.04 juta unit bernilai RM68.18 juta daripada 672.86 juta unit bernilai RM126.61 juta yang diniagakan pada minggu lepas. - Bernama