Notis

Shout Box perbincangan borak saham terkini boleh didapati di www.boraksaham.com Segala maklumat dan perbincangan terbaru akan dikemaskini di portal tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan hanya menggunakan akaun Facebook anda!!

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011

Destinasi seminar...

Destinasi seminar...
Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011

PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Penginapan...

Penginapan...
Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...

Bursa rendah di akhir dagangan

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan penutupan pada paras lebih rendah hari ini kerana dagangan tidak memberangsangkan kerana konflik yang berlaku di Libya terus membimbangkan pelabur, kata seorang peniaga.

Penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), turun 6.87 mata atau 0.45 peratus kepada 1,515.74. Ia dibuka 1.27 mata lebih rendah pada 1,521.34.

Peniaga itu berkata, arah aliran menurun ini juga sejajar dengan prestasi pasaran-pasaran serantau dan penutupan yang lebih rendah di Wall Street, Jumaat.

Sementara itu, keadaan huru hara di Libya yang menjejaskan pengeluaran minyak berterusan, dengan kumpulan yang setia kepada kerajaan menguasai sebahagian daripada sebuah bandar di barat negara itu, Jumaat.

Indeks Kewangan jatuh 54.65 mata kepada 13,592.27, Indeks Perladangan susut 19.66 mata kepada 7,723.36 dan Indeks Perusahaan turun 17.18 mata kepada 2,828.01.

Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas susut 54.15 mata kepada 10,310.59, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace luak 37.86 mata kepada 4,025.91 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 berkurangan 65.75 mata kepada 10,811.64.

Jumlah dagangan mengecil 714.797 juta saham bernilai RM1.097 bilion daripada 1.13 bilion saham bernilai RM1.9 bilion Jumaat lepas.

Pasaran menyaksikan saham rugi mengatasi saham untung dengan jumlah 584 berbanding 184, manakala 243 kaunter tidak berubah.

Mengungguli senarai saham cergas hari ini ialah SAAG Consolidated, yang turun sesen kepada sembilan sen, manakala Tanco jatuh tiga sen kepada 32 sen dan DRBHicom-CD mengukuh 1.5 sen kepada 13.5 sen.

Dalam kalangan kaunter mewah, Maybank turun tiga sen kepada RM8.77, CIMB turun sesen kepada RM 7.99, Sime Darby jatuh empat sen kepada RM9.13.Bagaimanapun, RHB Capital bergerak mendatar dan masih pada RM7.98.

Jumlah dagangan dalam Pasaran Utama susut kepada 586.434 juta saham bernilai RM1.80 bilion daripada 941.71 juta saham bernilai RM1.88 bilion Jumaat lepas.

Waran susut kepada 77.619 juta unit bernilai RM11.398 juta daripada 114.49 juta unit bernilai RM15.58 juta minggu lepas.Pasaran ACE mencatatkan penyusutan jumlah dagangan kepada 47.84 juta saham bernilai RM5.6 juta daripada 64.51 juta saham bernilai RM7.1 juta sebelumnya.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...