Notis

Shout Box perbincangan borak saham terkini boleh didapati di www.boraksaham.com Segala maklumat dan perbincangan terbaru akan dikemaskini di portal tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan hanya menggunakan akaun Facebook anda!!

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011

Destinasi seminar...

Destinasi seminar...
Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011

PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Penginapan...

Penginapan...
Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...

Saham mewah rangsang Bursa rendah

KUALA LUMPUR 9 Feb - Kebanyakan harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini berikutan kerugian berterusan saham berwajaran tinggi, kata para peniaga. FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.48 mata kepada 1,536.07 selepas dibuka meningkat 2.08 mata kepada 1,541.63.

Para peniaga berkata sentimen bertukar kepada berhati-hati di tengah-tengah tersebar berita mengenai peningkatan kadar faedah terbaharu China.

Mereka berkata pasaran tempatan turut dipengaruhi kemerosotan di dalam pasaran serantau.

Bagaimana pun, kenaikan yang dialami kaunter telekomunikasi seperti Axiata dan Maxis telah mengurangkan penurunan indeks.

Indeks Kewangan turun 70.03 mata kepada 13,958.97, Indeks Perusahaan turun 4.64 mata kepada 2,883.73 dan Indeks Perladangan turun 52.62 mata kepada 8,039.31.

Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas turun 18.58 mata kepada 10,621.32, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace turun 72.69 mata kepada 4,591.63 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 merosot 4.229 mata kepada 11,445.58.

Jumlah dagangan turun kepada 2.196 bilion saham bernilai RM2.660 bilion daripada 3.178 bilion saham bernilai RM2.736 bilion semalam.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 493 kepada 347 manakala 286 kaunter tidak berubah, 260 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Bagi saham aktif, Karambunai Corp turun 0.5 sen kepada 25.5 sen, Ho Wah Genting menokok 8.0 sen kepada 85.5 sen dan CBS Technology menokok 5.5 sen kepada 45 sen manakala Tanco Holdings rugi 1.0 sen kepada 40 sen.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada harga RM8.78, CIMB Group Holdings turun 2.0 sen kepada RM8.37, Axiata meningkat 10 sen kepada RM5.13 dan Maxis menokok 7.0 sen kepada RM5.46 dengan Genting rugi 34 sen kepada RM10.40.

Jumlah dagangan di pasaran utama merosot kepada 1.89 bilion saham bernilai RM2.59 bilion daripada 2.59 bilion saham bernilai RM2.62 bilion semalam. Waran turun kepada 160.33 juta unit bernilai RM42.58 juta daripada 170.61 juta unit bernilai RM43.69 juta sebelum ini.

Perolehan di Pasaran ACE juga turun kepada 124.64 juta saham bernilai RM17.87 juta daripada 401.96 juta saham bernilai RM63.85 juta semalam.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...