Notis

Shout Box perbincangan borak saham terkini boleh didapati di www.boraksaham.com Segala maklumat dan perbincangan terbaru akan dikemaskini di portal tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan hanya menggunakan akaun Facebook anda!!

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011

Destinasi seminar...

Destinasi seminar...
Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011

PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Penginapan...

Penginapan...
Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 2 Mac - Harga-harga saham ditutup rendah di Bursa Malaysia hari ini ekoran aktiviti pengambilan untung apabila pasaran dunia meneruskan aliran menurun berikutan kebimbangan terhadap krisis Timur Tengah, kata peniaga.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup pada 1,499.28, susut 0.2 peratus atau 2.96 mata selepas dibuka 8.64 mata lebih rendah pada 1,493.60.Indeks utama membendung kerugian pada sesi pagi namun pasaran kekal lemah secara keseluruhannya berikutan jualan berterusan saham-saham berwajaran tinggi utama.

Indeks 30 syarikat bermodal besar bergerak antara 1,488.95 dan 1,499.28 mata sepanjang hari.Seorang peniaga berkata krisis di Timur Tengah dan Afrika Utara serta peningkatan harga minyak mungkin terus menjejaskan sentimen pelabur dan menyebabkan pasaran terus lemah dalam jangka terdekat.

Indeks Kewangan susut 95.94 mata kepada 13,503.66 dan Indeks Perladangan turun 45.48 mata kepada 7,513.86 Indeks Perusahaan bagaimanapun meningkat 13.78 mata kepada 2,790.71.

Indeks FTSE Bursa Malaysia Emas turun 76.21 mata kepada 10,194.51, Indeks FTSE Bursa Malaysia Ace susut 128.49 mata kepada 3,960.90 dan Indeks FTSE Bursa Malaysia Mid 70 turun 192.62 mata kepada 10,689.28.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.36 bilion saham bernilai RM1.72 bilion berbanding 1.12 bilion saham bernilai RM1.51 bilion sebelumnya.Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 796 berbanding 117 manakala 198 kaunter tidak berubah.

Antara saham aktif, Transmile menokok setengah sen kepada tujuh sen dan kaunter itu akan digantung esok menjelang penyahsenaraiannya dari Bursa Malaysia pada 7 Mac. Tanco turun empat sen kepada 33 sen dan SAAG Consolidated susut satu sen kepada lapan sen.

Kaunter berwajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM8.68 manakala CIMB dan Sime Darby turun enam sen dan satu sen, kepada RM8.00 dan RM9.03.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.09 bilion saham bernilai RM1.69 bilion berbanding 935.26 juta saham bernilai RM1.49 bilion semalam.

Perolehan dagangan waran meningkat kepada 107.9 juta unit bernilai RM14.4 juta berbanding 83.37 juta unit bernilai RM11.72 juta yang dicatatkan pada Selasa. Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 148.99 juta saham bernilai RM13.69 juta berbanding 86.17 juta unit bernilai RM11.51 juta semalam. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...