Notis

Shout Box perbincangan borak saham terkini boleh didapati di www.boraksaham.com Segala maklumat dan perbincangan terbaru akan dikemaskini di portal tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan hanya menggunakan akaun Facebook anda!!

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011

Destinasi seminar...

Destinasi seminar...
Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011

PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Penginapan...

Penginapan...
Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...

Dagangan Bursa terus rendah

KUALA LUMPUR 26 Jan - Saham-saham perladangan terus menarik turun harga-harga saham di Bursa Malaysia ketika ditutup hari ini berikutan berkurangannya minat para pelabur, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.43 mata atau 0.421 peratus kepada 1,520.0 selepas dibuka satu mata lebih rendah pada 1,525.43.

Indeks Kewangan merosot 7.489 mata kepada 13,927.98, Indeks Perladangan berkurangan 57.18 mata kepada 7,836.44 dan Indeks Perindustrian lega 20.67 mata kepada 2,863.59.

Indeks FBM Emas susut 35.31 mata kepada 10,450.29, Indeks FBM70 kerugian 27.01 mata kepada 11,143.48 tetapi Indeks FBM Ace menokok 11.7 mata kepada 4,250.07.

Kehendak risiko pelabur terus kekal lemah menjelang tempoh urus niaga yang lebih singkat sempena sambutan Tahun Baru Cina minggu depan. Bank Negara dijangka mengumumkan keputusan dasar monetarinya esok.

Di pasaran global, pasaran masih lagi menantikan kenyataan Rizab Persekutuan AS lewat hari ini yang dijangka mengesahkan kembali hala tuju bank pusat dalam menyokong pertumbuhan.

Saham-saham rugi mengatasi saham untung dengan 418 berbalas 328 sementara 311 tidak berubah, 355 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.420 bilion saham bernilai RM2.601 bilion daripada 1.951 bilion saham bernilai RM2.439 bilion semalam.

Di kalangan kebanyakan saham-saham aktif, SAAG dan Compugates, masing-masing naik setengah sen kepada 12.5 sen dan 6.5 sen, Ho Wah Genting menokok tiga sen kepada 56 sen sementara Ramunia Holdings turun satu sen kepada 64 sen.

Saham-saham berwajaran tinggi, CIMB Group menambah empat sen kepada RM8.34, Sime Darby kerugian 10 sen kepada RM9.20, Axiata susut tiga sen kepada RM4.71 dan Maybank merosot lapan sen kepada RM8.71. IOI Corporation susut satu sen kepada RM5.76 dan PPB Group lebih rendah lapansen kepada RM17.02.

Di pasaran utama, jumlah dagangan turun kepada 1.186 bilion saham bernilai RM2.560 bilion daripada 1.698 bilion saham bernilai RM2.393 bilion semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran Ace susut kepada 56.722 juta saham bernilai RM6.857 juta berbanding 83.134 juta unit bernilai RM12.234 juta semalam. Jumlah dagangan waran bagaimanapun meningkat kepada 172.553 juta bernilai RM32.499 juta berbanding 165.145 juta saham bernilai RM31.868 juta pada hari Selasa. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...