Notis

Shout Box perbincangan borak saham terkini boleh didapati di www.boraksaham.com Segala maklumat dan perbincangan terbaru akan dikemaskini di portal tersebut. Jangan lepaskan peluang untuk mendaftarkan diri dengan hanya menggunakan akaun Facebook anda!!

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Teknik Goldfinger RM akan diadakan di Pusat Latihan PUABUMI, Kemaman pada 10 Disember 2011

Destinasi seminar...

Destinasi seminar...
Destinasi ketiga: Seminar Jutawan CPO Edisi Emas berada di Suria City Johor Bahru pada 17 Dis 2011

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi seminar -> Seminar Jutawan CPO Edisi Emas akan berada di Hotel Midah Kuala Lumpur pada 03 Dis 2011

PENUTUPAN PERTUKARAN UNTUK Hari Raya Aidilfitri DAN CUTI HARI KEBANGSAAN 2011

Seminar Jutawan Saham & CPO akan berada di Sanctuary Beach Resort Cherating Kuantan pada 30 Julai 2011 ( segmen CPO ) dan 31 Julai 2011 ( segmen Ekuiti )

Kami bersedia untuk turun padang membongkar rahsia pelaburan di Bursa Malaysia

Penginapan...

Penginapan...
Penginapan percuma hanya untuk penyertaan dua segmen di Pusat Latihan PUABUMI Kemaman, Terengganu sahaja...

Destinasi Seminar

Destinasi Seminar
Destinasi Seminar ~ Seminar IPO Baru akan berada di Suites Corus Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2011... Yuran Penyertaan RM50 seorang...

Saham diniaga secara berhati-hati

KUALA LUMPUR 23 Jan. - Harga-harga saham di Bursa Malaysia mungkin diniagakan dalam jaluran yang sempit minggu ini dengan para pelabur dijangka kekal tidak memasuki pasaran di celah-celah kegiatan pengambilan untung, kata para peniaga.
Mereka berkata, urus niaga di pasaran tempatan dan serantau mungkin kekal berhati-hati minggu ini berikutan kebimbangan yang masih berlegar-legar mengenai dasar monetari yang lebih ketat diambil oleh kerajaan China bagi memerangi inflasi.
Bagaimanapun, kerugian di pasaran tempatan boleh dikekang oleh belian berterusan dana tempatan dan perkhabaran positif seperti pengumuman projek-projek pembinaan yang disenaraikan dalam Bajet 2011, kata para peniaga.
"Pasaran sudah keletihan," kata Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr. Nazri Khan sambil menambah yang pengambilan untung akan berterusan memandangkan pasaran telah pun mengalami pembetulan teknikal yang serius minggu lepas.
Beliau berkata, pasaran telah memecah dua paras sokongan yang penting, iaitu 1,560 dan 1,550 selepas memperoleh 92 peratus mulai Mac 2009.
"Pengukuhan pasaran telah pun bermula lebih awal daripada yang dijangkakan oleh kebanyakan penganalisis yang percaya pembetulan akan berlaku selepas Tahun Baru Cina," kata beliau.
Situasi ini akan berpanjangan untuk seketika, biasanya dalam dua bulan kerana dana asing akan terus mengurangkan pegangan masing-masing, kata Nazri.
Beliau berkata, paras sokongan dijangka berada pada paras 1,530 sementara halangan pada 1,515 dan 1,500 sementara saham-saham pula tertumpu kepada yang berkaitan pengguna.
Sementara itu, MIDF Research menjangkakan potensi untuk kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) minggu depan boleh menjadi pemangkin untuk pasaran memecah paras 1,600 mata.
Saham-saham perbankan diramal bergerak rancak jika bank pusat menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas minggu depan, katanya dalam nota penyelidikan.
"Kami terus berpendapat yang Bank Negara akan menaikkan OPR antara 50 hingga 75 mata asas pada 2011, dengan 40 peratus kemungkinan 25 mata asas kenaikan dalam separuh pertama dan selebihnya dalam separuh kedua 2011," katanya.
Untuk minggu baru berakhir, harga-harga saham di Bursa Malaysia menyaksikan urus niaga lembap berikutan penjualan besar-besaran dalam saham mewah selepas kerancakan kukuh baru-baru ini.
Benalec dan Tambun Indah Land mencatatkan penyenaraian ulung yang memberangsangkan di Papan Utama dengan kedua-duanya mengakhiri minggu urus niaga, masing-masing pada RM1.41 dan 78.5 sen.
Benalec mula disenaraikan dengan premium 36 sen daripada harga tawaran RM1 sesaham, sementara Tambun Indah Land disenaraikan di Pasaran Utama pada 80 sen sesaham, premium sebanyak 10 sen daripada harga terbitan 70 sen sesaham.
Berdasarkan kepada perbandingan Jumaat-Jumaat, FBM KLCI susut 22.46 mata kepada 1,547.43.
Indeks FBM Emas merosot 196.74 mata kepada 10,632.06 dan Indeks FBM Top 70 berkurangan 175.93 mata kepada 10,358.53 tetapi Indeks FBM Ace naik 78.83 mata kepada 4,271.81.
Indeks Kewangan lega 302.62 mata kepada 14,017.05, Indeks Perladangan turun 148.55 mata kepada 8,091.12 dan Indeks Perindustrian lebih rendah 21.27 mata kepada 2,907.03.
Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 7.133 bilion saham bernilai RM9.585 bilion daripada 12.254 bilion saham bernilai RM13.678 bilion minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 6.195 bilion saham bernilai RM9.382 bilion daripada 10.492 bilion saham bernilai RM13.284 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE melonjak kepada 1.028 bilion saham bernilai RM47.267 juta daripada 652.877 juta saham bernilai RM74.521 juta Jumaat sebelumnya.
Waran pula lebih rendah kepada 577.586 juta unit bernilai RM140.188 juta daripada 1.042 bilion unit bernilai RM266.373 juta sebelumnya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...